Tokoh Muzik Tanah air dan Barat


Tan Sri P.Ramlee

 

Latar belakang

Beliau telah dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri 22 Mac 1929 kepada pasangan Teuku Nyak Puteh Teuku Karim (1902 - 1955) dan Che Mah Hussein (1904 - 1967). Bapanya yang berasal dari Lhokseumawe, Acheh, telah mendirikan rumahtangga dengan Che Mah Hussein pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth. P. Ramlee juga mempunyai seorang adik-beradik tiri, Syeikh Ali, yang sama ibu dengannya.
Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke Sekolah Francis Light. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu, beliau belajar di Sekolah Tentera Laut Jepun sebelum kembali ke Penang Free School apabila tamat perang.

Permulaan kerjaya seni

Bermula dengan bermain Ukulele, P. Ramlee beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin (pemimpin brass band di Penang Free School). Beliau menyertaiOrkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Beliau pernah menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P. Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya.
Filem pertama lakonan P.Ramlee adalah "Chinta" pada tahun 1948. Beliau memegang peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakon di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955. Salah seorang pendorong dan guru P. Ramlee dalam dunia perfileman Melayu adalah Datuk L. Krishnan (Pengarah filem Melayu tahun 50-an dan 60-an yang terkenal). Gaya lakonan P. Ramlee yang amat berjaya itu adalah hasil inspirasi P. Ramlee daripada dua pelakon terkenal India Selatan iaituMGR dan Sivaji Ganesan. Filem terakhir lakonan beliau ialah "Laksamana Do Re Mi" pada tahun 1972 dan lagu dan lirik terakhirnya adalah "Ayer Mata Di Kuala Lumpur" pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.


Riwayat hidup Sudirman Haji Arshad

Sudirman Haji Arshad dilahirkan pada hari Rabu, 25 Mei 1954 di no. 48, Jalan Ibrahim, Temerloh, Pahang. Anak kepada Puan Hajjah Romlah binti Dahalan dan Haji Arshad bin Haji Hassan.

Di zaman persekolahan
Ibunya, seorang wanita yang aktif di arena politik sebagai Ketua Wanita UMNO Pahang Selatan dan Wakil Rakyat Pertama 1955 mewakili Kawasan Temerloh, telah meninggal dunia pada tahun 1959 di usia muda 32 tahun (ketika Sudirman berumur 5 tahun) setelah mengidap penyakit kanser. Bapanya adalah pengurus Syarikat Bas Temerloh (Temerloh Bus Company), juga seorang ahli politik UMNO di Temerloh,Pahang. Bapanya telah berkahwin dengan Puan Mariam binti Mohammad setelah kematian isterinya, sebelum meninggal dunia pada 1978.
Sudirman adalah anak bongsu, adik beradik yang lain - Zainuddin, Rudiah, Basir, Roslan dan Roaini. Dari sejak kecil, Sudirman sering menyanyi di mana sahaja. Di sekolah pula, beliau memasuki pertandingan bersyair, berpidato, berpantun, kuiz dan terlibat dalam persembahan teater dan koir sekolah. Dia suka bersukan, senang berpidato dan setiap waktu di perpustakaan.
Sudirman memulakan persekolahnya pada tahun 1961 di Sekolah Rendah Abu Bakar (Mentakab), Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia (Temerloh) dan Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar (Kuantan), Pahang sehingga beliau menamatkan Tingkatan 6. Sebelum memasuki Tingkatan 6, Sudirman menjalani kursus persediaan di ITM Petaling Jaya. Beliau mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negeri tetapi dia menolak tawaran itu.
Pada tahun 1976, beliau melanjutkan pelajaran di Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya (Kuala Lumpur). Di sebalik kepadatan jadual dalam bidang seni, beliau masih dapat membahagi masanya dengan baik di antara menyanyi dan kelas tutorial di Universiti Malaya. Pada tahun 1980 beliau telah menerima Ijazah undang-undang (LL.B) dengan mendapat Kepujian Kelas Ketiga. Tahun 1983, Sudirman menjalani latihan guaman dan diiktiraf sebagai Peguam pada tahun 1984. Bagaimanapun, Sudirman meninggalkan bidang guaman kerana memilih bidang seni sebagai kerjayanya.

The Singing Lawyer

Bintang RTM 1976
Sudirman Haji Arshad mula mencipta namanya sebagai penyanyi apabila dia berjaya merebut gelaran Johan Bintang RTM peringkat akhir yang diadakan di Melaka pada 11 Ogos 1976. Beliau mendendangkan lagu Seruling Bambu dan Big Spender. Di peringkat awal saringan, beliau memberi jawapan spontan "seluar pinjam..." apabila disoal oleh pengacara rancangan mengenai seluar besar yang dipakainya. Para penonton suka caranya yang berterus terang. Beliau mendendangkan lagu Jali Jali, sebuah lagu klasik dari Indonesia. Jelas sekali suaranya memang unik.


 
Datuk Johari Salleh


NAMA SEBENAR: Datuk Johari Salleh

TEMPAT LAHIR: 9 Februari 1940

TEMPAT LAHIR: Geylang, Singapura

PENDIDIKAN: Berklee College of Music di Boston (1968)

PROFESION: Pemuzik Tetap Radio Malaya (1961), Pengarah Muzik RTM (1976), Pengarah Muzik DBKL (1988 - 2004)

STATUS: Berkahwin

ISTERI: Datin Zarina Zabid

ANAK: Enam orang: Johanna, Ahmad Nazari, dan Nahar Lutfi (hasil perkahwinan dengan isteri pertama Norazah Aziz), Mohd Wira Asyraf, Iryani dan Elyana

ANTARA LAGU: Rayuan Hasratku, Duniaku, Keikhlasan Hati, Hati Yang Terusik, Tom Tom Bak, Gadis Ayu, Cinta Kejam, Mahligai Idaman, Jangan,Jangan, Jangan serta Gadis dan Bunga.

PENCAPAIAN: - Lagu korporat Umno `Bersatu Bersedia Berkhidmat' (1986), Gubah lagu komersial untuk penyanyi popular era 70-an dan 80-an seperti Tan Sri SM Salim, Suhaili Shamsuddin, Frankie Cheah, M Rizal,Yasmin Yusuff, Herman Tino, Hanafiah Yunus, Shidee dan Rahimah Rahim.
 

Ludwig van Beethoven

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
 
Potret Beethoven dilukis oleh Joseph Karl Stieler1820
Ludwig Van Beethoven (dibaptiskan 17 Disember 1770  26 Mac 1827) ialah seorang penggubah Jerman dan juga seorang tokoh unggul dalam sejarah muzik klasikal. Beliau juga merupakan seorang ahli muzik terpenting dalam tempoh peralihan antara muzik era klasikal dan muzik era romantis di dalam muzik barat. Muzik dan reputasinya banyak memberi inspirasi dan juga memberi tekanan dan cabaran kepada ramai penggubah-penggubah untuk generasi-generasi berikutnya, begitu juga kepada ahli-ahli muzik dan para pendengar.[1] Walaupun beliau pada hari ini dikenali sebagai seorang penggubah, Beethoven adalah juga seorang pemain piano yang dikagumi.
Beethoven berpindah ke Vienna, Austria, ketika berumur awal 20-an, dan menetap di situ. Beliau belajar muzik di bawah bimbinganpenggubah ternama, Joseph Haydn dan dengan pantasnya, mencapai kemasyhuran sebagai seorang pemain piano yang amat cemerlang.
Walaupun pendengaran beliau mula beransur-ansur hilang pada akhir 20-an, Beethoven terus gigih menghasilkan karya-karya agung di sepanjang hidupnya. Karya beliau terus dibuat walaupun setelah pendengaran beliau telah hilang sama sekali dan menjadikan beliau pekak.
Beethoven juga seorang penggubah bebas pertama dengan membuat penggubahan muzik untuk konsert-konsert, menjual gubahanmuziknya untuk penerbit-penerbit dan mendapat bantuan kewangan daripada sebilangan pelanggan-pelanggan kaya. Beliau memilih kerja bebas daripada mencari pekerjaan tetap di gereja atau tempat bangsawan sepertimana pemuzik atau penggubah lain.
 

Wolfgang Amadeus Mozart

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Wolfgang Amadeus Mozart (27 Januari 1756 - 5 Disember 1791), dibaptiskan sebagai Johannes Chrysostomus Wolfgangus Theophilus Mozart adalah seorang penggubah muzik klasikal Eropah dari Austria yang terkemuka dan amat berpengaruh dari era klasikal. Beliau telah menggubah lebih dari 600 hasil karya termasuk kerja-kerja yang diakui secara meluas sebagai kemuncak kepada muzik simfoni orkestra, muzik kamar, piano, opera dan juga muzik koral.
Mozart adalah di antara penggubah Eropah yang amat terkenal dan banyak daripada hasil karya beliau telah menjadi sebahagian dari standard untuk repertoir konsert-konsert simfoni orkestra.

Johann Sebastian Bach

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
 
 
Johann Sebastian Bach
Johann Sebastian Bach (21 Mac 168528 Julai 1750) adalah seorang penggubah dan pemain organ Jerman yang prolifik. Karyakeagamaan dan sekularnya untuk alat-alat muzik koir, orkestra dan solo menggabungkan elemen-elemen muzik era barok dan membawamuzik era tersebut ke peringkat kematangan muktamad. Walaupun beliau tidak memperkenalkan sebarang bentuk yang baru, beliau memperkayakan gaya Jerman yang lazim dengan teknik gaya gerak imbang, pengawalan penyusunan harmonik dan motivik dari skala terkecil sehingga ke terbesar, dan pemadanan irama dan jalinan dari luar negeri, khususnya dari Itali dan Perancis. Ramai orang menganggap Bach sebagai penggubah Barok yang terutama, serta salah seorang penggubah yang terutama dalam sejarah. Bersama-sama dengan tokoh-tokoh seperti George Frideric Handel, beliau merupakan salah satu tokoh yang terkemuka dalam peralihan daripadamuzik era barok ke muzik era klasikal.
Karya-karya Bach yang dihormati kerana mempunyai sifat intelektual yang mendalam, penguasaan teknik, dan keindahan seni, telah mengilhami kesemua ahli muzik dalam tradisi Eropah, daripada Mozart sehingga ke Arnold Schoenberg. Antara karya-karyanya ialah:
§  Konserto Brandenburg
§  Suit papan nada dan ragam lagu
§  Mass dalam nada B Minor
§  Keghairahan St. Matthew
§  Penawaran Muzik
§  Seni Fiug
serta sebilangan besar kantata yang mana kira-kira 220 masih wujud.



No comments:

Post a Comment