Saturday, 12 November 2011

Nyanyian Harmoni


Harmoni merupakan salah satu elemen muzik yang penting di dalam nyanyian koir. Kadang kala kita dapati kumpulan hanya menyanyikan lagu dalam satu suara atau unison. Ini tidak menjadi satu kesalahan namun sekiranya frasa-frasa di dalam lagu itu diharmonikan supaya lagu tersebut menjadi lebih menarik dan sedap didengar. Terdapat pelbagai jenis harmoni yang boleh digubah. Jenis-jenis harmoni ini bergantung kepada lagu dan kebolehan murid dan pembimbing sendiri. Ahli-ahli koir perlu mengenali dan dapat menyanyikan melodi atau sesuatu lagu itu dengan baik dahulu sebelum harmoni dilaksanakan. Ini untuk memastikan mereka mampu menyanyikan melodi lagu dengan yakin tanpa menjadi penumpang di dalam kumpulan koir tersebut. Untuk membantu membina keyakinan dalam menyanyi tanpa menjadi penumpang beberapa aspek perlu diambil kira :
  • Tidak terlalu bergantung kepad iringan piano
  • Fokus kepada ketepatan pic dan kualiti pic dan suara dalam nyanyian unison
  • Menjalankan latihan nyanyian dalam kumpulan kecil dan kadang kala secara berpasangan atau solo
  • Membimbing mereka dalam menyanyi secara serta merta ( kemahiran membaca not)
  • Menggalakkan mendengar sambil menyanyi

  • Seetelah mereka mahir dalam menghasilkan ketepatan pic dan yakin dengan kebolehan mereka barulah lagu-lagu yang mengandungi harmoni diperkenalkan. Di dalam pengajaran harmoni pembimbing boleh memulakan dengan suara harmoni dahulu atau melodi lagu tersebut. Ini bergantung kepada kebolehan ahli dan kesukaran lagu yang dipilih. Ada sesetengah kumpulan mudah mempelajari harmoni dahulu sebelum melodi. Antara beberapa jenis harmoni untuk nyanyian koir adalah seperti berikut :

  • Pembahagian suara- ostinato melodi dan Lagu Pusingan
  • Lagu Bertalun
  • Kaunter Melodi
  • Lagu Berkembar
  • Laagu 2-4 suara harmoni menegak

1 comment:

  1. maaf, bolehkah jelas ciri-ciri tentang jenis harmoni yang dinyatakan? thx~

    ReplyDelete