Alat-alat muzik Barat

Piano

Piano iaitu alat muzik yang dimain melalui keyboardnya.
Ia menghasilkan bunyi apabila tali kelulinya dimain dengan penukul kain felt.
Penukul itu melantun dengan serta-merta dan membenarkan tali keluli terus bergetar pada frekuensi resonansnya.Getaran ini dipindahkan melalui kekuda ke bod suara untuk menguatkan bunyinya.

Biola

Biola atau violin adalah sejenis alat muzik bertali yang dimainkan dengan mengunakan penggesek biola (bow). Biola mempunyai empat tali dan leher yang tidak mempunyai fret.
Ia dimainkan dengan cara menggesek tali-tali tersebut dan hujung biola diletakkan di bahu pemain. 
Terdapat beberapa alat lain dalam keluarga biola, contohnya viola dan selo.
Bezanya adalah dari segi saiz (kerana bunyi yang dikeluarkan berbeza), namun cara bermain adalah sama. Biola adalah yang terkecil dan mengeluarkan pic yang paling tinggi.
Biola dibuat oleh tukang lut (luthier).

 

Gitar

Gitar adalah sejenis alat muzik bertali yang telah lama digunakan dalam pelbagai jenis gaya muzik, dan juga salah satu alat solo klasik. Ia banyak digunakan sebagai alat utama dalam muzik blues, desa, flamenco, rock dan banyak jenis pop. Gitar biasanya terdiri daripada satu batang leher yang panjang dan terdapat ruas-ruas yang dipanggil "fret". Badannya seakan-akan berbentuk biola. Pada kebiasaannya juga terdapat enam tali yang boleh dimainkan dengan memetik tali tersebut sama ada dengan jari ataupun plektrum (pemetik gitar). Namun terdapat juga gitar dengan empat, tujuh, lapan, sepuluh dan dua belas tali. Gitar dibuat dan dibaiki oleh tukang lut (luthier). Gitar boleh dimainkan secara akustik atau boleh bergantung pada penguat yang selalunya membolehkan manipulasi nada secara elektrik. Gitar elektrik baru sahaja diperkenalkan pada abad ke-20, dan telah memberi kesan yang mendalam pada budaya popular.