Tuesday, 15 November 2011

Sunday, 13 November 2011

Koir


Koir adalah sebuah ensembel muzik para penyanyi yang menyanyi beramai-ramai. Ia bukan sebuah kumpulan penyanyi solo yang bersaing antara satu sama lain, malah sebagai sekumpulan penyanyi yang membentuk nyanyian berharmoni. Perkataan "ensembel" berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud "bersama-sama."

  video
Pertandingan Koir Sekolah Rendah

Saturday, 12 November 2011

Nyanyian Harmoni


Harmoni merupakan salah satu elemen muzik yang penting di dalam nyanyian koir. Kadang kala kita dapati kumpulan hanya menyanyikan lagu dalam satu suara atau unison. Ini tidak menjadi satu kesalahan namun sekiranya frasa-frasa di dalam lagu itu diharmonikan supaya lagu tersebut menjadi lebih menarik dan sedap didengar. Terdapat pelbagai jenis harmoni yang boleh digubah. Jenis-jenis harmoni ini bergantung kepada lagu dan kebolehan murid dan pembimbing sendiri. Ahli-ahli koir perlu mengenali dan dapat menyanyikan melodi atau sesuatu lagu itu dengan baik dahulu sebelum harmoni dilaksanakan. Ini untuk memastikan mereka mampu menyanyikan melodi lagu dengan yakin tanpa menjadi penumpang di dalam kumpulan koir tersebut. Untuk membantu membina keyakinan dalam menyanyi tanpa menjadi penumpang beberapa aspek perlu diambil kira :
  • Tidak terlalu bergantung kepad iringan piano
  • Fokus kepada ketepatan pic dan kualiti pic dan suara dalam nyanyian unison
  • Menjalankan latihan nyanyian dalam kumpulan kecil dan kadang kala secara berpasangan atau solo
  • Membimbing mereka dalam menyanyi secara serta merta ( kemahiran membaca not)
  • Menggalakkan mendengar sambil menyanyi

  • Seetelah mereka mahir dalam menghasilkan ketepatan pic dan yakin dengan kebolehan mereka barulah lagu-lagu yang mengandungi harmoni diperkenalkan. Di dalam pengajaran harmoni pembimbing boleh memulakan dengan suara harmoni dahulu atau melodi lagu tersebut. Ini bergantung kepada kebolehan ahli dan kesukaran lagu yang dipilih. Ada sesetengah kumpulan mudah mempelajari harmoni dahulu sebelum melodi. Antara beberapa jenis harmoni untuk nyanyian koir adalah seperti berikut :

  • Pembahagian suara- ostinato melodi dan Lagu Pusingan
  • Lagu Bertalun
  • Kaunter Melodi
  • Lagu Berkembar
  • Laagu 2-4 suara harmoni menegak

Klasifikasi Suara


Setiap orang mempunyai suara yang unik. Suara wanita dan lelaki, sama ada dewasa atau remaja boleh dikategorikan mengikut jenis suara dan renj not yang boleh dinyanyikan. Ada wanita yang mempunyai suara yang tinggi dikenalkan sebagai penyanyi soprano, sesetengah lelaki mempunyai suara yang dalam dan rendah digelar bes. Jenis-jenis suara mengikut urutan ialah : soprano atau treble, mezzo soprano, alto, contralto atau counter-tenor, tenor, baritone dan bes.
Biasanya di dalam kumpulan koir hanya empat suara yang kerap digunakan iaitu soprano, alto, tenor dan bes atau untuk koir yang terdiri dari wanita ialah soprano, mezzo soprano dan alto.
                Di dalam koir sekolah rendah yang terdiri dari kanak-kanak lelaki dan perempuan selalunya suara mereka tiada perbezaan sehinggalah kanak-kanak lelaki mencecah umur dari 11 hingga 14 tahun suara mereka bertukar menjadi lebih rendah dan dalam atau lebih dikenalai sebagai “pecah” suara. Suara kanak-kanak wanita tidak mengalami “pecah” suara seperti kanak-kanak lelaki Cuma suara mereka menjadi lebih matang apabila meningkat dewasa. Kanak-kanak lelaki yang mengalami transisi vocal ini perlu diawasi dengna teliti dan digalakkan untuk bernafas lebih dengan kerap dan mengekalkan postur nyanyian yang selesa dan baik.

Prinsip Dalam Bidang Nyanyian


Sebelum seseorang mempelajari nyanyian ia perlu mengamalkan prinsip di bawah :


  • 1.       Sentiasa bersikap positif
  • 2.       Bijak dan kerap berlatih
  • 3.       Mengamalkan postur yang baik
  • 4.       Pengawal  pernafasan (costal epigastrum) yang baik
  • 5.       Pengeluaran suara atau ton yang ekspresif,rata,bersemangat,ringan kaya dan bergema
  • 6.       Penguasan dalam sebutan dan artikulasi yang jelas,tepat dan cantik
  • 7.       Penguasan teknik legato
  • 8.       Penguasan teknik yang tangkas dan fleksibel
  • 9.       Penampilan persembahan fisikal yang bersahaja-natural,bersopan dan bersikap tenang dan yakin
  • 10.   sensitif, bijak dalam membuat intertretasi yang ekspresif

Aspek penting bagi seorang penyanyi


Sebelum seseorang mempelajari nyanyian ia perlu mempunyai perkara-perkara seperti di bawah :

1.       Suka muzik dan seronok menyanyi
2.       Mempunyai deria dan rasa pic dan irama yang tepat
3.       Berimaginasi dan daya interpretasi yang tinggi
4.       Sihat dan bersemangat dan mempunyai tabii dari kesihatan yang baik
5.       Bijak
6.       Personaliti yang disenangi
7.       Daya usaha yang tinggi untuk mempertingkatkan kebolehan
8.       Kebolehan menyanyi semerta dan memainkan iringan yang mudah
9.       Alat suara yang baik
10.   Koordinasi fisikal yang baik – penguasaan dan pengawalan nafas dan otot fonasi

Nyanyian


Kenapa belajar menyanyi?
Menyanyi adalah satu cara yang istimewa dalam penggunaan suara dan sebab-sebab penting dalam mempelajari nyanyian adalah seperti berikut :

1.       Dapat memperluaskan budaya dan memahami perasaan dan budaya sesebuah masyarakat
2.       Memperkayakan imaginasi
3.       Mempertingkatkan daya pemikiran
4.       Memberi kegembiraan dan keseronokan
5.       Memperbaiki kesihatan melalui latihan pernafasan yang betul
6.       Memperbaiki kekuatan dan mutu suara dalam percakapan
7.       Memperkuatkan daya ingatan dan konsentrasi
8.       Melepaskan perasaan yang kurang senang
9.       Membina keyakinan diri
10.   Membina personaliti yang dinamik dan terpuji serta kualiti kepimpinan
11.   Aset warisan budaya
12.   Memberi kepuasan kepada diri sendiri dan orang lain