Konsep Muzik


Irama   Melodi   Warna ton   Bentuk   Harmoni   Teksur   Ekspresi


1. Irama
Diaplikasikan kepada semua yang berkaitan dengan unsur masa dalam muzik.

a. Muzik bergerak kepada beat/bunyi yang stabil.
b. Setiap beat dan rehat mempunyai nilai sama ada panjang / pendek.
c. Kumpulan beat membentuk tanda masa / meter.
d. Beat-beat mempunyai tekanan.
e. Gabungan not / beat membentuk corak irama yang berlainan dan atau berulang-ulang.

Simbol Verbal :
Irama   detik    not dan tanda rehat   meter  tekanan      corak irama, ostinato, rentak.

Objektif P & P :

Pada akhir pembelajaran murid-murid akan dapat :
1. Merasa nadi/detik sesuatu lagu/muzik
2. Membezakan panjang pendek sesuatu nilai not dalam corak irama.
3. Merasa tekanan / accent pada sesuatu lagu.
4. Membezakan irama/rentak yang sama dan tidak sama.
5. Mengenal pasti meter sesebuah lagu yang dimainkan/dinyanyikan/didengar.



Irama   Melodi   Warna ton   Bentuk   Harmoni   Teksur   Ekspresi


2. Melodi

Susunan pic secara melintang.

a. Terdapat pic tinggi,rendah dan sederhana.
b. Pic dalam melodi boleh bergerak menuju ke arah tinggi,rendah dan mendatar.
c. Pic dalam melodi bergerak secara bertangga atau melompat.
d. Ton-ton dalam satu siri pic yang ada kaitan antara satu sama lain membentuk satu kumpulan atau rangkaian pic.
e. Gabungan beberapa rangkaian pic membentuk sebuah melodi lagu.
f. Pic boleh disusun secara berurutan.
g. Pic-pic yang berkaitan antara satu sama lain boleh membentuk sebuah melodi lagu.

Simbol Verbal :
Melodi    skel (major,minor,pentatonik)  frasa lagu / melodi    sekuens    nada

Objektif P & P :

Pada akhir pembelajaran murid-murid anak mendapat mengenal pasti dan membezakan :
1. Antara melodi dan iringan.
2. Pic tinggi,tengah dan mendatar.
3. Skel yang dimainkan.
4. Pic yang melompat dan berulang.
5. Nada sesebuah lagu yang dimainkan/dinyanyikan.

             Irama   Melodi   Warna ton   Bentuk   Harmoni   Teksur   Ekspresi


3. Warna Ton

Bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh pelbagai sumber mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.
Sesuatu bunyi-bunyian itu mempunyai mutu yang berlainan dan memberi satu gambaran atau idea yang tersendiri.
Hasil dan mutu sesuatu bunyi itu adalah disebabkan oleh alat itu sendiri dibuat daripada bahan-bahan tertentu dibuat,cara dibuat dan dibunyikan.

Simbol Verbal:

Alat        suara - manusia, binatang, kenderaan, alam semula jadi dll.          perkataan deskriptif         ton - gelap , cerah , padat , garau, kasar      suara - soprano ,alto ,tenor dan bes      Keluarga alat muzik - membranofon, aerofon , kordofon  dan idiofon.

Objektif P & P :

Pada akhir pembelajaran murid-murid akan dapat :
1. Mengenal psati bunyi-bunyian yang didengar di sekeliling mereka.
2. Menghasilkan pelbagai bunyi yang didengar, diterokai / eksperimen dll.
3. Membezakan dan mengenal pasti bunyi-bunyian yang lembut, kasar, tinggi, rendah, padat, garau dll.
4.Mengenal pelbagai jenis alat muzik seperti piano, rekoder, dram, trumpet, gong, violin dll.



Irama   Melodi   Warna ton   Bentuk   Harmoni   Teksur   Ekspresi


4. Bentuk

Satu paten/corak boleh dihasilkan melalui gabungan beberapa pic/ton.
a. Gabungan siri-siri pic menghasilkan satu idea.
b. Rangkaian frasa boleh dicantumkan untuk menghasilkan satu idea muzik yang lebih besar.
c.Segmen muzik (motif, frasa, seksyen) boleh diulang dan dipelbagaikan.
d. Segmen muzik seperti intro dan yang akhir boleh diadakan.

Simbol Verbal :
Motif     frasa      seksyen, koras, rangkap      ABA , berulang, kontras      intro, koda

Objektif P & P :

Pada akhir pembelajaan murid-murid akan dapat membezakan dan mengenalpasti :
1. Frasa yang sama dan yang lain melalui lagu-lagu yang dinyanyikan/mainkan.
2. Rangkaian lagu berangkap da korasnya.
3. Intro dan koda sesebuah lagu atau muzik.



Irama   Melodi   Warna ton   Bentuk   Harmoni   Teksur   Ekspresi


5. Harmoni.

Hasil gabungan 2 pic atau lebih disusun secara menengak dan dinyanyikan/dimainkan serentak.
a. Dua pic boleh dibunyikan serentak.
b. Gabungan 3 atau lebih pic dimainkan secara serentak.
c. Dua atau lebih rangkaian melodi boleh digabungkan dan dibunyikan serentak.
d. Iringan kord pada melodi boleh menghasilkan bunyi harmoni.

Simbol Verbal :
Harmoni     jeda     triad tonik/kord    round, polifoni, deskan,kaunter melodi   kord iringan  homofoni

Objektif P & P :

Pada akhir pembelajaran murid-murid akan mendapat :
1. Membezakan antara melodi (rangkaian pic) dan harmoni (himpunan pic-pic - iringan).
2. Mengenal pasti antara lagu/muzik satu suara dan muzik/lagu dua atau lebh dua suara.
3. Menyanyi lagu pusingan - round,berkembar dan lagu-lagu yang mengandungi kaunter melodi dan deskan.




Irama
   Melodi   Warna ton   Bentuk   Harmoni   Teksur   Ekspresi


6. Ekspresi

Satu gabungan semua elemen deskriptif termasuk tempo,dinamik yang mengandungi satu ekspresi ide muzik.
a. Sesuatu bunyi itu boleh menjadi kuat atau lembut.
b. Satu sekuen/siri bunyi boleh dikuatkan atau dilembutkan secara beransur-ansur.
c. Sesuatu bunyi itu boleh dilanjutkan, dilicinkan dan dipendekkan atau dilembutkan secara beransur-ansur.
d. Sesuatu siri/sekuen bunyi boleh dicepatkan atau dilambatkan.
e. Sesebuah lagu/muzik mempunyai ciri-ciri tersendiri - mud.

Simbol Verbal :
Dinamik    Volume    cerscendo   diminuendo     susutain, legato, staccato     cepat, lambat     
 mud - riang, tenang, cemas, cergas.


Objektif P & P :

Di akhir pembelajaran murid-murid akan mendapat :
1. Membeza dan mengenal pasti di antara bunyi pada sesebuah lagu dan muzik yang kuat dan lembut.
2. Memahami bahawa pada tempat-tempat yang tertentu dalam sesebuah lagu/muzik boleh beransur- ansur menjadi kuat atau perlahan.
3. Memahami bahawa sesetengah lagu/muzik boleh dipelbagaikan dengan bunyi pendek, lembut, panjang, terputus-putus dan lain-lain lagi.



Irama   Melodi   Warna ton   Bentuk   Harmoni   Teksur   Ekspresi


7. Tekstur / Jalinan

Tekstur ditentukan oleh pelbagai kombinasi atau gabungan bunyi yang didengar.
a. Sesuatu bunyi yang didengar boleh memberi bunyi yang nipis atau satu / teba atau banyak.
b. Tekstur ditentukan oleh pembentukan harmoni.

Simbol Verbal

Solo   duet   trio   quartet    orkestra     monofoni    homofoni    polifoni

Objektif P & P :

Pada akhir pembelajaran murid-murid akan dapat :
1. Mengenal pasti samada lagu/bunyi yang didengar itu dinyanyikan/dimainkan oleh seorang,dua atau lebih.
2. Membezakan bunyi yang bercirikan monofoni,homofoni dan polifoni.